

|
HaNya Allah YaNg MaHa MeNgeTahui :)
Thursday, 27 September 2012 • 22:36 • 0 comments
Apabila dirimu meminati seseorang, bermohonlah kepada Allah SWT agar hatinya akan kamu miliki.
Jika kamu sangat menginginkannya dengan sebenar-benar keinginan, maka bermohonlah dengan sebenar-benar pengharapan.
Jangan sesekali kamu merayu pada si dia, kerana bicaranya mungkin akan membuatkan kamu terluka.
Apabila hati dipersenda, pasti sebuah kekecewaan akan menerpa .
Namun, jika dirimu memohon terus kepada Allah, Penciptanya, dua kemungkinan sedia menanti kamu, iaitu mungkin dirimu mendapatkan hatinya atau mungkin kamu akan mendapat seseorang yang lebih baik darinya :)
Jika ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA tidak menulis jodoh kita bersama orang yang kita sukai. Kita tetap tidak akan bersama dengannya walau engkau bersusah payah mendapatkannya. Maka cintailah orang sewajarnya. Kerana orang yang kita cintai belum pasti jodoh kita nanti, kadang yang engkau nilai baik untuk mu belum tentu baik untuk ALLAH. Seperti dalam firman ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.." (Qs.Al-Baqarah:216)
Yakinlah... Cinta Itu Akan Indah Pada Akhirnya
|
![]() ![]() ღ♡ღ بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ ღ♡ღ
![]() ![]() Owner: fyfiy |