

|
AZaB SEksA WaNiTa DEdaH aURat
Sunday, 18 November 2012 • 18:44 • 0 comments
“ Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman
supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan
memelihara kehormatan mereka ; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan
tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup
belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka ; dan janganlah mereka memperlihatkan
perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka , atau bapa mereka atau
bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau
saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau
anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan
Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang
telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum
mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki
untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka ; dan
bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya
kamu berjaya. ”
(Surah An Nur Ayat 31)
Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadis yang diriwayatkan
oleh Abu Hurairah, yang bermaksud:
“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya
lihat keduanya itu:
(l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka
pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam);
(2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang,
yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada
perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh
masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga , padahal bau syurga
itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.”
(Riwayat Muslim)
Balasan bagi orang yang melanggar larangan Allah, ialah azab
yang amat pedih, antaranya:
Balasan wanita yang membuka rambut kepalanya selain suaminya
, akan digantung dengan rambutnya di atas api neraka sehingga menggelegak
otaknya , berterusan selama ia tidak menutupnya.
Dada yang sengaja dibuka atau ditonjolkan supaya kelihatan
seksi, akan di gantung atas api neraka dengan pusat dan buah dadanya diikat
dengan rantai neraka sebagai penggantungnya
Betis dan paha yang terselak – selak , sedia untuk
dipanggang , pedihnya tidak terkira .
Peristiwa Mi’raj
1. Wanita menangis sambil meminta pertolongan tetapi tiada
yang sanggup membantu. Gambaran balasan wanita yang berhias bukan kerana suaminya .
2. Wanita tergantung pada rambutnya, otaknya menggelegak
dalam periuk . Balasan wanita yang tidak menutup auratnya (rambut)
3. Wanita berkepala seperti babi , badannya seperti kaldai
dan menerima berbagai balasan wanita yang suka membuat fitnah, bermusuh dengan
jiran dan membuat dusta .
4. Wanita yang mukanya hitam dan memamah isi perutnya
sendiri . Balasan wanita yang menggoda dan menghairahkan lelaki .
5. Lelaki dan wanita yang ditarik kemaluannya ke depan dan
ke belakang serta dilontar mukanya ke api neraka . Kemudian ditarik dan dipukul
hingga keluar api dari badannya. Balasan orang yang membesarkan diri dan
takabur kepada orang ramai .
6. Lelaki dan wanita dimasukkan besi pembakar daging dari
duburnya, keluar hingga ke mulutnya . Balasan orang yang membuat fitnah,
mengejek dan mencaci.
7) Wanita tergantung rambutnya di pohon Zakkum, api neraka
membakarnya lalu kering kecut dagingnya terbakar . Balasan wanita yang minum
ubat untuk membunuh janin .
8. Wanita dibelenggu dengan api neraka, mulutnya terbuka
luas, keluar api dari perutnya . Balasan wanita yang menjadi penyanyi tidak
sempat bertaubat .
9. Lelaki dan wanita yang masuk api ke dalam perut dari
duburnya lalu keluar dari mulut . Balasan orang yang makan harta anak yatim .
10. Lelaki dan wanita kepalanya terbenam dalam api, dituang
pula air panas ke badannya lalu melecur seluruh tubuhnya . Balasan orang yang
berusaha ke arah pergaduhan sesama manusia .
|
![]() ![]() ღ♡ღ بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ ღ♡ღ
![]() ![]() Owner: fyfiy |