Sejarah menipu kita
Thursday 13 December 2012 • 08:57 • 0 comments بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ Catatan ataupun post dibawah merupakan pengalihan yang telah dibuat daripada sebuah video yang bertajuk “Dunia Akhir Zaman”. Dalam catatan ini akan merungkaikan serba sedikit mengenai penipuan-penipuan sejarah terhadap umat Islam kita pada hari ini. Ia bukan sebuah teori yang dibuat dan bukan juga sebuah gambaran ataupun hipotesis tetapi ianya adalah sebuah kebenaran berdasarkan kepada Al-Quran. Pengenalan Sebagai pembukaan, kita lihat tafsir Al-Quran daripada surah Al-Baqarah ayat 30. Maksudnya: “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya". Persoalannya, apakah perkara yang dimaksudkan oleh Allah yang tidak diketahui oleh malaikat? Ternyata Allah telah menunjukkan jawapan-jawapan kepada persoalan diatas dalam ayat-ayat yang seterusnya dimana Allah telah mengajarkan kepada Nabi Adam a.s mengenai ‘nama-nama’ keseluruhannya. Setelah nabi adam a.s mengetahui semua ‘nama-nama’ tersebut, maka bersujudlah semua malaikat tanda penghormatan kepada manusia. Kecuali iblis, kerana dia sombong dan merasakan bahawa manusia tetap akan melakukan kerosakan di muka bumi dan menumpahkan darah walaupun sudah diajarkan mengenai ‘nama-nama’ oleh Tuhannya. Ianya telah disebut dalam surah Al-Hijr ayat 31 yang bermaksud: “Melainkan Iblis; ia enggan turut bersama mereka Yang sujud.” Kerana itu, dia enggan sujud dan telah berikrar sehingga hari kiamat untuk membuktikan bahawa manusia tetap akan merosakkan bumi dan menumpahkan darah walaupun telah mengetahui ‘nama-nama’ tersebut. Ianya juga telah disebut dalam surah Al-Hijr ayat 39 yang bermaksud: “Iblis berkata: “Wahai Tuhanku! kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) Demi Sesungguhnya Aku akan memperelokkan Segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan Aku akan menyesatkan mereka semuanya.” Walaupun begitu, apakah yang dimaksudkan dengan ‘nama-nama’ tersebut? Jawapannya ialah kerana ‘nama-nama’ itulah sebenarnya penyelesaian kepada setiap kerosakan dan pertumpahan darah yang sedang berlaku kepada umat manusia di akhir zaman ini sebagaimana yang telah dijangka oleh para malaikat. Oleh itu, mari kita lihat penipuan-penipuan dalam sejarah ketamadunan manusia yang telah kita pelajari sejak bangku sekolah. Kita sering menyangka, mendengar dan melihat dalam sejarah bahawa permulaan kepada kehidupan manusia adalah bermulanya dengan zaman batu seterusnya zaman gangsa dan juga logam dan akhirnya zaman moden seperti kehidupan kita pada hari ini. Kononnya manusia pada zaman dahulu adalah sangat jahil sehinggakan mereka dikatakan tidak mengetahui apa-apa. Tidak tahu bercakap kerana tiada ada bahasa melainkan mereka berkembang sedikit demi sedikit untuk mencapai kemajuan. Itulah realiti di dunia yang mempercayai apa yang mereka sendiri tidak dapat pastikan. Itulah sejarah yang dipercayai oleh majoriti manusia di atas muka bumi Allah ini. Tanyalah sesiapa sahaja, garis masa itulah yang akan mereka jawab dengan keyakinan yang begitu tinggi. Apabila disebut zaman purba, mereka akan lantas membayangkan orang-orang yang tinggal di dalam gua. Tapi tahukah anda bahawa kaabah dan masjid Al-Aqsa sebenarnya dibina oleh Nabi Adam sebagaimana yang telah diberitahu dalam hadis Rasulullah dan seterusnya dibina semula oleh Nabi Ibrahim a.s.? Dan ini menunjukkan bahawa manusia pertama sudah pandai membina bangunan. Jadi, adakah mereka tinggal dalam gua seperti binatang? Malah, nabi Adam sudah pandai berkata-kata, berpakaian dan bertindak seperti manusia waras seperti yang ada pada hari ini. Cuba anda fikirkan dan rujuk dalam Kitab Perjanjian Lama Dan Baru (kitab kristian) yang telah diselewengkan. Sudah pasti anda akan menemui bahawa Nabi Adam ‘dibuang’ ke bumi dalam keadaan tidak berpakaian apa-apa. Itulah penipuan yang ada dalam agama-agama mereka. Cuba anda fikirkan, adakah Allah menurunkan Nabi Adam ke bumi sehina itu? Tambahan pula, nabi nuh pula sudah pandai membuat bahtera yang begitu besar sehinggakan dapat memuatkan hidupan-hidupan yang ada diatas muka bumi pada hari ini. Lihatlah Piramid, Menara Babil dan tinggalan-tinggalan artifak sejarah. Adakah itu adalah hasil ciptaan manusia yang kononnya tinggal dalam gua? Malahan pengkaji sejarah telah menemui bahawa adanya artifak yang begitu unik dalam tamadun Babylon dan setelah dikaji, ia ternyata merupakan sebuah bateri. Ini menunjukkan bahawa kerajaan kuno Babylon sudah pandai menggunakan bahan tenaga elektrik berjuta-juta tahun dahulu sebelum kita yang ada pada hari ini. Sedarlah wahai bangsa manusia, zaman batu, gangsa dan logam tidak pernah wujud sama sekali. Paleolitik hanyalah satu khayalan semata-mata. Mesolitik hanyalah satu istilah dongeng. Ianya hanya satu pembohongan sejarah bagi menyesatkan manusia. Tetapi, tahukah anda siapakah dalang disebalik penipuan sejarah ini? Ianya adalah rekaan Charles Darwin dalam teori evolusi Darwin serta pendokong-pendokong teorinya yang telah bersepakat untuk menyesatkan kita. Sedangkan teori evolusi hanyalah pembohongan semata-mata. Beliau kononnya mengatakan bahawa manusia berasal daripada beruk yang telah berasimilasi kepada manusia seperti yang ada pada zaman ini. Tapi anda semua tahu bahawa Allah telah menjadikan Nabi Adam dalam ‘keadaan’ manusia? Bukannya beruk. Allah telah menciptakan manusia sebaik-baik ciptaan. Malah Dia telah bersabda dalam surah At-tiin ayat yang ke-4. Maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia Dalam bentuk Yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya).” Ayat-ayat seperti diatas bukan sahaja terdapat dalam surah yang disebutkan tadi, malah terdapat banyak lagi di dalam Al-Quran. Dan adalah menjadi keperluan dan kewajiban bagi kita untuk mengenali sejarah sebenar siapakah kita. Ini kerana, penipuan sejarah yang selama ini sebati didalam pemikiran manusia telah memesongkan serta menyesatkan kita sebagai manusia yang mempunyai akal yang waras. Sedarkah kita bahawa Nabi Adam, Idris, Nuh, Hud Saleh, Ibrahim, Luth, Ismail, Ishak, Yakub, Yusuf, Ayub, Syu`aib, Musa, Harun, Zulkifli, Daud, Sulaiman, Ilyas, Ilyasa`, Yunus, Zakaria, Yahya, Isa, Muhammad. Itulah sejarah perjalan kehidupan manusia yang sebenar. Ianya telah diwahyukan oleh Allah dalam Al-Quran dan menggunakan nama-nama para Nabi sebagai ukuran masa dalam sejarah. Sila lihat contoh dibawah: a) “...dimasa kerajaan Sulaiman...” (Al-Baqarah 102) b) “...sesudah Musa...” (Al-Baqarah 246) c) “...sesudah Nuh...” (Isra` 17) Mungkin ada yang tertanya-tanya dengan susunan ini. Ianya kerana para Nabi adalah merupakan wakil kaum mereka pada tempat, waktu dan ketamadunan yang tertentu. Inilah cara yang sebenar bagaimana untuk kita mengkaji sejarah. Kajilah berdasarkan Nabi-Nabi yang telah diutuskan. Dengan itu, anda akan faham bagaimana dan bila perkembangan ketamadunan kaum tersebut serta bagaimana ketamadunan mereka yang begitu canggih boleh HANCUR sekelip mata sehingga kita menyangka mereka itu berada di zaman batu. Abaikan teori kejadian manusia yang dipelopori oleh Darwin! Sesungguhnya, itulah yang menyesatkan kita!. Allah telah berfirman dalam surah Ali Imran ayat yang ke-137. maksudnya: “Telah Berlalu aturan-aturan yang tetap sebelum kamu, maka kerana itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (ayat-ayat Allah)” Ingatlah wahai saudara ku sekalian, mereka dan para Nabi bukanlah “orang gua” yang tahu makan dan tidur tetapi mereka telah membina ketamadunan yang begitu hebat. Malah mungkin kecanggihan mereka lebih hebat daripada kita pada hari ini. Ilmu pengetahuan mereka begitu tinggi, sehingga mereka mampu mencerap bintang-bintang di langit. Tetapi kerana kekufuran sebahagian daripada mereka kepada Allah, maka kehebatan ketamadunan mereka telah dihancurkan dalam masa satu malam sahaja, sehingga kita menyangka mereka ini adalah orang-orang zaman batu yang tidak pernah mencipta apa-apa. Begitulah bagaimana sejarah-sejarah berulang. Tetapi amat sedikit yang mengambil pelajaran. Dan sejarah akan terus berjalan sehinggalah ke peringkat akhir. Jangka masa dalam sejarah manusia telah ditanda mengikut Nabi-Nabi yang telah diutuskan. Dan apabila Nabi yang terakhir telah diutuskan, maka ini juga bermakna sejarah sudah sampai ke fasa yang terakhir. Fasa terakhir inilah yang menjadi masa terpenting bagi makhluk yang bernama Iblis. Kerana iblis sudah berjanji kepada Tuhannya sejak awal sejarah manusia lagi untuk membuktikan bahawa manusia adalah makhluk yang akan merosakkan bumi dan saling menumpahkan darah sesama sendiri. PERINGKAT AKHIR ZAMAN Detik waktu akan terus berlalu. Dunia akan menamatkan riwayatnya sebagai penyimpan makhluk ciptaanNya. Hadis telah memberi kita gambaran. Menurut Hadis, zaman Nabi Muhammad s.a.w telah dibahagikan kepada 5 bahagian mengikut kerangka masa. (HR Ahmad dan Baihaqi dari Nuaman Bin Basyir dari Hudzaifah) “Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya adalah masa Khalifah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah `ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya masa kerajaan yang mengigit (mulkan `adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selain itu, masa kerajaan yang menyombong (mulkan jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah `ala minhaj an-nubuwwah). Kemudian beliau (Nabi) diam”. PENERANGAN HADIS: a) Mengikut Rasulullah, fasa pertama bagi umat ini adalah ketika Nabi masih hidup. Dan zaman ini sudahpun berlalu. b) Kemudian datang pula zaman pemerintahan yang mengikut cara kenabian. Pada zaman ini, kita dapat lihat bahawa umat Islam diperintah oleh 4 Khulafa` Rashidin. Zaman ini juga sudah berlalu. c) Kemudian datang pula zaman pemerintahan kerajaan yang “menggigit”. `Mengigit’ di dalam hadis tersebut bermaksud mereka hanya menyerahkan kekuasaan kepada keturunan mereka. Kita dapat lihat pada fasa ini, kerajaan Umayyah, Abassiyah dan Uthmaniyyah yang berkuasa dengan menggunakan sistem monarki. d) Kemudian datang pula satu zaman yang dunia diperintah oleh pemerintah yang sombong dan bermaharajalela. Dan fasa itu ialah zaman sekarang. e) Kemudian, setelah berlalunya fasa keempat, akan datang pula fasa yang ke-5. Pada fasa ini, dunia akan kembali diperintah mengikut cara Nabi berdasarkan syariat Islam. f) Setelah habis bercerita mengenai 5 fasa tersebut, tiba-tiba Nabi diam. Dan diam tersebut bermaksud “Sejarah Manusia Sudah Tamat”. Rasulullah pernah mengingatkan umatnya yang akan hidup pada fasa ke-4 ini akan kedatangan satu fitnah. Iaitu fitnah yang paling besar dalam sejarah ketamadunan manusia. Itulah Fitnah Al-Masih Ad-Dajjal. Dan Dajjal tidak akan datang dalam fasa ke-5 kerana fasa tersebut telah mempunyai kekuasaan di pihak orang-orang yang beriman. Dan Dajjal tidak pula akan muncul selepas fasa ke-5 kerana selepas itu sejarah ketamadunan manusia sudah tamat. Sebaliknya, hanya fasa ke-4 sahaja peluang untuk Iblis mengumpul pengikutnya seramai yang mungkin untuk menemaninya ke Neraka Jahannam. Dan fasa ke-4 itu adalah zaman yang kita berada di dalamnya SEKARANG. Sebelum turunnya Nabi Isa dan munculnya Imam Madhi yang akan memindahkan kita ke fasa yang ke-5 seterusnya mengakhiri sejarah ketamadunan manusia dan mengalahkan usaha Iblis di peringkat terakhir zaman manusia. Oleh itu, sebagai umat Islam, adalah menjadi kewajiban bagi kita untuk mengingati dan menjadikannya sebagai pengajaran dan pedoman dalam kehidupan kita sehari-hari. Walaupun ianya adalah rahsia Allah, tetapi kita haruslah menyedari bahawa Dia telah memberikan kita “amaran-amaran” di dalam Al-Quran agar sentiasa beringat. P/S copy from org tujuan untuk info bersama ..sharing is caring
|
ღ♡ღ بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ ღ♡ღ Owner: fyfiy |