

|
Larangan tidak bertegur sapa
Monday, 15 October 2012 • 18:22 • 0 comments
Islam melarang umatnya dari tidak bertegur
sapa dengan sahabat seIslamnya yang lain dek kerana pergaduhan perkara
keduniaan lebih dari 3 hari. Antara yang dimaksudkan pergaduhan kerana sebab
dunia adalah kerana tanah, harta pusaka, rumah, tanam bunga masuk kawasan
jiran, isu pangkat, isu cemburu wanita dan lelaki dan lain-lain yang tidak ada
kaitan secara langsung kepada Islam.
Nabi SAW bersabda :
ولا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ
Ertinya : Dan tidak halal bagi seorang
Muslim itu meninggalkan ( tidak bertegur sapa kerana pergaduhan) saudara
seIslamnya lebih dari 3 hari”
( Riwayat Al-Bukhari, 5/2253)
Kenapa 3 hari?, inilah sifat fitrah dalam
kerana Islam. Walaupun Nabi SAW pernah menasihatkan agar jangan marah dalam
sabdanya :-
سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ مَاذَا يباعدني من غَضِبِ اللَّهِ عز وجل قال لاَ تَغْضَبْ
Ertinya : Ditanya kepada Rasulullah SAW :
Apakah yang menjauhkan aku dari kemurkaan Allah SWT , jawab Nabi : Janganlah
kamu marah ”
( Riwayat Ahmad, 2/175)
Walaubagaimanapun, kemarahan tetap tidak
dapat dielak secara total, justeru Islam memberikan motivasi dan cara bagaimana
cara menangani marah dengan pelbagai cara. Apabila ia berkait dengan orang
lain, Islam mengajar kita agar jangan terlalu terbawa-bawa sehingga memutuskan
ikatan persaudaraan dan persahabatan hanya kerana kes marah & gaduh tadi.
Imam An-Nawawi menyebutkan :-
تحرم الهجرة بين المسلمين أكثر من ثلاث ليال بالنص وتباح في الثلاث بالمفهوم وإنما عفى عنه في ذلك لأن الآدمي مجبول على الغضب
Ertinya : “Diharamkan tidak bertegur sapa
di antara Muslimin ( yang disebabkan punca pergaduhan dunia) lebih dari 3 hari
secara jelas dari Nas hadith, dan secara mafhumnya difahami harus untuk
melakukan itu (jika perlu) selama 3 hari, dan sesungguhnya dimaafkan sifat
demikian kerana manusia sentiasa terbawa-bawa sifat marah”
( Syarah Sohih Muslim, 16/117)
Memang tidak mungkin untuk melenyapkan
pergaduhan kerana keduniaan di antara sesama manusia, justeru Islam
menggalakkan kemaafan antara satu sama lain.
Islam membenarkan tidak bertegur sapa untuk
maksimum 3 hari sebagai memenuhi kehendak fitrah manusia, tetapi tidak lebih
dari itu, kerana lebih dari tempoh tersebut akan membawa mudarat kepada ikatan
dan keutuhan sesama Islam.
Di dalam kaedah Islam ditegaskan :-
فتقدم المصلحة العامة على الخاصة
Ertinya : “Kepentingan umum sentiasa di
dahulukan atas kepentingan peribadi”
( Az-Zakhirah, 2/467 ; Al-I’tisam ,
As-Syatibi, 2/116 ; Al-Muwafaqat, 2/367)
Justeru, melayani kemarahan dan keegoan
diri adalah kepentingan peribadi, jangan sampai ia melewati batas kepentingan
umum. Kepentingan umum yang menjadi objektif Islam adalah masyarakat Islam yang
berkasih sayang, bantu membantu dan objektif ini akan terhakis jika semua
individu melayani kepentingan dan keegoan dirinya dalam hal ini lebih dari 3
hari.
Cuma perlu difahami, jika tidak bertegur
sapa kerana berjauhan, kesibukan dan terputus komunikasi sehingga tidak dapat
bertegur sapa lebih dari 3 hari, ia tidak termasuk dalam larangan Islam.
|
![]() ![]() ღ♡ღ بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ ღ♡ღ
![]() ![]() Owner: fyfiy |